Malaysia akan terus menyokong usaha jujur, konkrit, dan realistik untuk mencari jalan penyelesaian yang adil dan berkekalan berhubung isu konflik Israel-Palestin, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Luar Datuk Kamaruddin Jaafar (Bersatu-Bandar Tun Razak) berkata Malaysia akan sentiasa meneliti perkembangan di Asia Barat berhubung usaha normalisasi negara Israel dalam mengiktiraf penjajahan ke atas Palestin.
Ujarnya lagi, Malaysia akan menggunakan peranan sedia ada dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk merealisasikan hasrat melihat jalan penyelesaian yang berkekalan.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahmad Tarmizi Sulaiman (Pas-Sik) yang ingin mengetahui langkah-langkah proaktif bersama negara bersama badan antarabangsa seperti OIC bagi menyatakan bantahan berkaitan rancangan ketidakadilan normalisasi negara Israel untuk mengiktiraf penjajahan mereka ke atas Palestin.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
- Tags
- kinitv
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment