Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi menjelaskan kerajaan sedang berunding dengan sebuah syarikat yang berpangkalan di United Kingdom, iaitu Ocean Infinity yang menawarkan pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370, yang sehingga kini masih tidak dijumpai.
Kata Ab Aziz, kementeriannya sedang berunding untuk lebih terperinci dari segi terma bayaran memandangkan pencarian tersebut berdasarkan 'upon success' iaitu setelah bangkai pesawat itu dijumpai dan disahkan pihak ketiga seperti Boeing, adalah milik MH370.
"Sebab musabab tidak dijumpai telah dijelaskan oleh pihak kerajaan Australia yang mengetuai pencarian. Maka sebab itu digantung sehingga mendapat pentunjuk2 yang credible.
"Jadi pada ketika ini kerajaan sedang berunding dengan sebuah syarikat yang berpengkalan di UK yang dipanggil Ocean Infinity kerana syarikat ini telah menawarkan pencarian berdasarkan upon success.
"Jadi kerajaan telah bersetuju untuk menerima tawaran dan kami pihak kementerian sedang berunding untuk lebih terperinci terma-terma supaya bayaran ini hanya dibayar setelah benar-benar bangkai kapal terbang itu dijumpai dan disahkan pihak ketiga seperti Boeing mengesahkan bangkai ini milik MH370," katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Ab Azzi berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) yang meminta penjelasan kerajaan berhubung sebab sebenar pesawat MH370 tidak ditemui dan kos bayaran pencarian semula pesawat terbabit.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment