Pasukan pencarian Vietnam mendakwa menemui apa yang dipercayai mereka sebagai pintu dan ekor pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines (MAS) yang hilang sejak Sabtu pagi lalu.
Menurut The Wall Street Journal, bahagian itu kemungkinan pintu dalam komposit dan sebahagian ekor pesawat.
Bagaiamanpun dalam laporan itu, MAS dipetik sebagai berkata pihaknya tidak dimaklumkan berhubung penemuan berkenaan.
The Wall Street Journal berkata sumbernya dipetik daripada laman web kementerian penerangan dan komunikasi Vietnam.
Dilaporkan bahagian itu ditemui 50 batu Barat Daya Pulau Chu di Vietnam Selatan.
Vietnam pula dilaporkan tidak dapat mendaratkan pesawat air berdekatan kawasan itu untuk mengesahkan sama bahagian berkenaan adalah daripada pesawat yang hilang.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment