Write For Us

MH370: Pesawat menjunam 400 km sejam?

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
135 Views
Published
Penyiasat kemalangan dari Australia mendedahkan data menunjukkan MH370 mungkin telah menurun pada tahap sehingga 20,000 kaki seminit dalam detik-detik sebelum ia jatuh ke dalam laut bersama-sama 239 orang penumpang dan anak kapal.
Ketua Pesuruhjaya bagi Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), Greg Hood memberitahu AirlineRatings.com bahawa komunikasi satelit automatik dengan Boeing 777 pada minit-minit terakhirnya menunjukkan kadar penurunan pesawat itu meningkat secara mendadak daripada kira-kira 5,400 kaki seminit sehingga 20,000 kaki seminit.
Katanya, peningkatan besar itu menunjukkan tidak ada sesiapa sedang mengendalikan pesawat itu.
Wawancara eksklusif dengan AirlineRatings.com itu diadakan selepas beberapa media memetik satu laporan FBI yang dibuat dua tahun lalu mengenai satu program simulator penerbangan yang dimiliki oleh juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah di komputer di rumahnya yang mendakwa beliau telah meluncurkan pesawat
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment