Write For Us

'Apa status kerakyatan Jho Low? Rakyat nak tahu'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
87 Views
Published
Ahli Parlimen DAP-Tanjong, Ng Wei Aik kecewa aduannya kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengenai status kerakyatan ahli perniagaan kontroversi, Jho Low, tiada jawapan yang konkrit.
Selain itu, Ng mendakwa wujud 'tolak-menolak' apabila JPN menyatakan mereka masih menunggu jawapan daripada Wisma Putra malah jawapan daripada Timbalan Menteri Luar pula mengesahkan menunggu jawapan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Beliau berkata demikian pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Hartawan kelahiran Pulau Pinang itu didakwa memiliki dua kerakyatan - Malaysia serta St Kitts dan Nevis.
Low, yang lebih dikenali sebagai Jho Low, sekali lagi mendapat perhatian selepas saman sivil yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman AS (DOJ) pada 15 Jun, mendedahkan bahawa dia memiliki pasport Malaysia serta St Kitts dan Nevis.
St Kitts dan Nevis mempunyai program kontroversi "Kewarganegaraan dengan Pelaburan" yang membolehkan warga asing mendapat kerakyatan sebagai pertukaran dengan pelaburan hartanah sekurang-kurangnya AS$400,000, atau sumbangan sekurang-kurangnya AS$250,000 kepada dana kepelbagaian industri gula negara itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment