Write For Us

Zahid tentukan status 315 rakyat Korea Utara di Sarawak hari ini

Loading...
Google Rank
67 Views
Published
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijangka akan membuat keputusan hari ini sama ada menghantar pulang atau terus menahan 315 rakyat Korea Utara yang kebanyakannya berada di Sarawak.
Katanya, sebarang keputusan mengenai perkara itu akan dibuat secara rasional dan dijangka memberi keberhasilan terbaik untuk kedua-dua negara.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di luar lobi Parlimen hari ini.
Ahmad Zahid juga berkata engesahan daripada Pejabat Peguam Negara dan Wisma Putra perlu dilakukan jika waris ingin membawa pulang Kim Jong-nam.
Bagaimanapun, jelasnya, tiada sebarang permohonan dibuat oleh waris mangsa kepada Wisma Putra atau agensi berkaitan untuk menuntut mayat Jong-nam.
Ahmad Zahid berkata kerajaan akan mengutamakan keselamatan rakyat Malaysia sepanjang menguruskan rundingan dengan Korea Utara supaya mereka berupaya dibawa pulang ke tanah air secepat mungkin.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment