Write For Us

Rakyat Malaysia dilarang ke Korea Utara

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
106 Views
Published
Kerajaan mengambil keputusan melarang rakyat negara ini ke Korea Utara berikutan ketegangan yang memuncak di rantau itu susulan ujian peluru berpandu yang dijalankan baru-baru ini.
“Keputusan ini dibuat berikutan ketegangan memuncak di Semenanjung Korea berhubung ujian peluru berpandu (Korea Utara).
“Larangan akan dikaji semula apabila keadaan kembali normal,” kata kementerian luar dalam satu kenyataan media, hari ini.
Walau bagaimanapun, ia tidak menyatakan sama ada warga Korea Utara dibenarkan ke negara ini.
Untuk maklumat lanjut, rakyat diminta menghubungi kementerian luar di talian +603-8000 8000 (semasa waktu pejabat) dan +603-88874570 (selepas waktu pejabat).
Malaysia secara tradisinya mengekalkan hubungan mesra dengan Korea Utara, walaupun negara itu dipinggirkan oleh sebahagian besar negara maju.
Malaysia adalah antara 21 negara yang diberi status visa percuma oleh Korea Utara. Ia juga adalah salah satu daripada 24 negara yang mempunyai pejabat kedutaannya di Pyongyang.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment