Write For Us

'Malaysia tak begitu cekap tangani Korea Utara'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
178 Views
Published
Tun Dr Mahathir Mohamed berkata Malaysia “tidak begitu cekap” menguruskan ketegangan dengan Korea Utara kerana perkara itu tidak pernah berlaku.
"Ini satu peristiwa yang tidak pernah Malaysia alami sebab itu kita tidak begitu 'cekap' untuk menanganinya sehingga timbul ketegangan antara kita dengan Korea Utara.
"Saya fikir ini jadi satu pengajaran, kepada kita, sebagai iktibar untuk kita tangani masalah ini pada masa depan," kata Mahathir dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya hari ini.
Mahathir berkata Malaysia tidak perlu jadikan Korea Utara sebagai musuh.
Hubungan Malaysia dan Korea Utara kini di tahap paling tegang sejak kedua-dua negara menjalinkan hubungan diplomatik pada 1973.
Ia susulan kematian Kim Jong-mam, abang pemimpin Korea Utara, Jong-un. Korea Selatan dan Amerika Syarikat mendakwa Korea Utara mendalangi pembunuhan itu tetapi ia ditepis Pyongyang.
Pertelingkahan itu sampai ke tahap baharu menyamai situasi tebusan, apabila 11 rakyat Malaysia di Korea Selatan disekat daripada keluar dari republik itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment