Write For Us

Zahid yakin Korea Utara rasional tangani konflik

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
136 Views
Published
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin Korea Utara bersikap rasional dalam menangani konflik antara kedua-dua buah negara yang berlaku ekoran pembunuhan Kim Jong-nam.
“Kami percaya mereka akan bertindak secara rasional dan kami percaya apa yang penting adalah untuk kita mengekalkan hubungan diplomatik dengan mereka.
“Saya rasa apa yang penting ialah keselamatan rakyat kita di Pyongyang dan saya fikir mereka juga sangat mengambil berat tentang keselamatan rakyat mereka di Malaysia,” katanya kepada pemberita di lobi Menara Dewan Bahasa dan Pustaka hari ini.
Katanya, Malaysia tidak perlu memutuskan hubungan dengan Korea Utara kerana ia perlu diselesaikan dengan cara yang baik.
“Ya, saya fikir kita (tidak perlu putuskan hubungan) dan perlu menyelesaikan perkara itu secara baik.
“Delegasi mereka di sini dan tidak kembali lagi di Pyongyang. Wisma Putra akan berbincang dengan mereka untuk menyelesaikan perkara-perkara secara baik seperti yang saya nyatakan,” katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment