Write For Us

Duta Korea Utara persoal Zahid buat kenyataan sebelum mereka

Loading...
Google Rank
120 Views
Published
Duta Korea Utara Kang Chol mendakwa pihak berkuasa negara ini dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan yang bercanggah berhubung isu kematian Kim Jong-nam.
Duta itu merujuk tindakan Zahid yang mengesahkan identiti si mati sebagai Jong-nam sedangkan kedutaan Korea Utara berada dalam gelap.
"Bagaimana timbalan perdana menteri boleh membuat kenyataan palsu sehari sebelum (kenyataan kami)?" soalnya pada sidang akhbar hari ini.
Kang juga menuduh Malaysia bersekongkol dengan Korea Selatan untuk membantu mengalihkan perhatian berhubung krisis berterusan yang sedang menyelubungi kepimpinan Korea Selatan.
Sepanjang sidang media itu, Kang tidak sekalipun merujuk si mati sebagai Kim Jong-nam, abang tiri kepada Presiden Korea Utara Kim Jong-un.
Sebaliknya, beliau merujuk lelaki yang dibunuh itu sebagai Kim Chol, nama yang dinyatakan pada pasport si mati.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment