Write For Us

Kes Jong-nam: Anifah ingatkan Duta Korea Utara

Loading...
Google Rank
102 Views
Published
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman hari ini mengingatkan Duta Besar Korea ,Kang Chol bahawa adalah penting untuk memperoleh keyakinan kerajaan Malaysia semasa berkhidmat di negara ini.
"Sebagai duta di Malaysia, beliau perlu sedar bahawa beliau perlu memperoleh keyakinan kerajaan Malaysia.
"Saya harap anda faham apa yang saya maksudkan dengan anda perlu memperoleh keyakinan kerajaan," kata Anifah selepas menyampaikan taklimat kepada pemberita berhubung lawatan negara Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al-Saud ke Malaysia tidak lama lagi, hari ini.
Merujuk kepada kes bunuh Kim Jong-nam, Anifah berkata polis sedang menyiasat kes itu dan mereka perlu diberi ruang untuk fokus sepenuhnya dalam mencari punca kematian dan mereka yang bertanggungjawab bagi pembunuhan itu.
Beliau berkata pada peringkat ini, Malaysia melihat adalah tidak perlu untuk mementingkan kenyataan Kang Chol dan tuduhan dilemparkan terhadap kerajaan Malaysia.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment