Write For Us

Duta Malaysia diarah pulang, Duta Korea Utara dipanggil beri penjelasan

Loading...
Google Rank
111 Views
Published
Kerajaan memanggil pulang Duta Malaysia di Pyongyang sebagai reaksi kepada kenyataan dibuat diplomat Korea Utara ke atas Malaysia baru-baru ini.
Langkah itu, kata kenyataan dikeluarkan Kementerian Luar Malaysia, dibuat sebagai proses rundingan kerajaan.
Wisma Putra juga memanggil Duta Besar Korea Utara hari ini bagi mendapatkan penjelasan mengenai kenyataan dibuatnya pada sidang media 17 Februari lalu.
Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini Wisma Putra memberitahu, Kang Chol mengadakan pertemuan dengan Timbalan Ketua Setiausaha Hal Ehwal Dua Hala Kementerian Luar, Raja Nushirwan Zainal Abidin.
Kementerian Luar menegaskan, disebabkan kematian Kim Jong-nam itu berlaku di Malaysia dan dalam keadaan mencurigakan, menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kematian.
Kenyataan Kementerian Luar Malaysia menambah, kerajaan turut memaklumkan kepada Kang Chol bahawa sebaik sahaja siasatan selesai, mayat akan diserahkan kepada waris mengikut undang-undang dan prosedur sedia ada di negara ini.
Pada sidang media Jumaat lalu duta Korea Utara terbabit memberi gambaran bahawa kerajaan Malaysia mempunyai "sesuatu untuk disembunyikan".
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment