Write For Us

ECRL beri manfaat kepada Malaysia - Duta China

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
91 Views
Published
Rundingan antara kontraktor dan pemilik Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) sedang berlangsung dengan penyusunan laporan oleh kedua-dua pihak.
Duta China ke Malaysia Bai Tian berkata beliau belum menerima laporan tersebut tetapi menegaskan Malaysia dan China komited mengatasi kebuntuan itu.
Bai tidak menyatakan laporan itu disiapkan untuk siapa atau tempoh masa untuk kedua-dua pihak selesai menyusunnya.
"Kami masih optimistik, kami berharap pada hubungan saling menghormati, dengan niat yang baik dan semangat saling menguntungkan, untuk manfaat bersama, kedua-dua pihak perniagaan ini akan menghasilkan keputusan menang-menang (untuk semua)," katanya.
Pemilik ECRL ialah kerajaan Malaysia manakala China Communications Construction Co Ltd (CCCC) bertindak sebagai kontraktornya.
Bai bercakap kepada pemberita ketika menemani Menteri Pengangkutan Anthony Loke dalam lawatannya ke kilang pemasangan China Railway Rolling Stock (CRRC) di Batu Gajah, Perak. CRRC tidak terlibat dalam projek ECRL.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu laporan semalam berkata Malaysia terperangkap dalam perjanjian kerana tidak mampu untuk meneruskan ECRL dalam bentuk asalnya dan tidak mampu membayar ganti rugi besar bagi membatalkannya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment