Kerajaan China hari ini mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia atas sumbangan sebanyak 18 juta sarung tangan getah bagi pekerja perubatan di China.
Dalam satu sidang media, Duta China ke Malaysia Bai Tian menyatakan, bantuan ini akan merupakan sumbangan yang besar bagi membanteras wabak koronavirus di China.
"Mewakili kerajaan China dan rakyatnya, saya ingin melahirkan rasa yang amat bersyukur dan sebuah penghargaan buat Malaysia. Terima kasih."
Turut hadir di sidang media itu adalah Menteri Industri Utama, Teresa Kok, wakil dari Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA), Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC) dan 10 syarikat pengeluaran sarung getah.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment