Write For Us

ECRL beri manfaat kepada negeri di Pantai Timur

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
100 Views
Published
Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang diteruskan akan menjadi pelengkap kepada sistem jaringan pengangkutan kereta api sedia ada.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata projek itu akan memberi manfaat kepada negeri di Pantai Timur khususnya bagi memendekkan jarak perjalanan ke ibu kota.

"Kita kena buka koridor ekonomi untuk Pantai Timur dengan menghubungkan tren penumpang dan kargo ke sana...sebab itu ECRL perlu dan dalam proses kita nak memuktamadkan. Saya harap kerajaan negeri berkaitan dapat sama-sama mencari formula kerana ini adalah 'game changer' (pengubah keadaan) untuk penduduk di Pantai Timur," katanya ketika Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PH-Kulim Bandar Baharu) berkenaan gambaran perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu sebagaimana yang diimpikan Menteri Pengangkutan itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment