Write For Us

Rakyat M'sia selamat, bebas bergerak di Korea Utara - Reezal Merican

Loading...
Google Rank
83 Views
Published
Kesemua sembilan rakyat Malaysia di Korea Utara berada dalam keadaan selamat dan bebas bergerak di dalam negara itu, kata Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Beliau berkata mereka dapat dihubungi dan kerajaan Malaysia telah berhubung dengan mereka.
"Mereka (rakyat Malaysia di Korea Utara) tidak berada dalam ketakutan. Jangan bimbang, tidak ada sebab untuk dikhuatirkan, apa yang penting mereka dalam keadaan amat selamat," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Reezal Merican ditanya mengenai perkembangan terkini mengenai sembilan rakyat Malaysia di Pyongyang dan tidak boleh meninggalkan negara tersebut di bawah larangan sementara yang dikenakan pihak Korea Utara.
Selasa lalu, Korea Utara melarang rakyat Malaysia daripada meninggalkan negara tersebut, yang membuatkan Malaysia turut mengambil tindakan sama dengan tidak membenarkan rakyat Korea Utara di Malaysia daripada meninggalkan negara ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment