Write For Us

'Apa tindakan 1MDB? Habuk pun tak ada'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
127 Views
Published
Ahli Parlimen DAP-Segambut, Lim Lip Eng meluahkan rasa kecewa apabila diarah keluar sidang Dewan Rakyat hari ini gara-gara hanya mahu bertanya mengenai tindakan syarikat 1MDB untuk melangsaikan hutang RM2.58 bilion kepada IPIC.
Kata Lim, beliau telah menghantar usul tergempar kepada Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia semalam bagi membincangkan perkara itu hari ini, namun jawapan balas yang diterima adalah ditolak.
Jelasnya, perbincangan itu penting kerana ia melibatkan wang rakyat bagi membayar hutang tersebut.
"Semalam saya telah hantar satu usul tergempar untuk membahaskan hutang 1MDB kepada IPIC. Pagi ini, Tan Sri Speaker menolak dengan alasan 1MDB telah mengambil tindakan seperti yang diumum 1 Ogos, iaitu semalam.
"Soalan saya, apa tindakan yang diambil oleh 1MDB? Tak ada, habuk pun tak ada. Melainkan yang diumum oleh Perdana Menteri yang berkata ini adalah isu teknikal.
"Bagi saya, ini bukan isu teknikal. Ini adalah hutang USD600 juta, bukan milik 1MDB tetapi milik rakyat. Kerana wang rakyat akan membayar kepada IPIC.
"Jadi saya rasa Dewan Rakyat kena jawab bahas wang rakyat yang kena bayar hutang 1MDB. Yang sedih dan malang, Tan Sri Speaker menolak dengan alasan begitu. Tadi saya nak tanya apa tindakan, tapi saya dihalau daripada dewan, tak tahu berapa hari," katanya pada sidang media hari ini.
- MP DAP kena 'halau' lagi
Terdahulu, Lim diarah keluar dewan kerana ingkar mendengar arahan Timbalan Speaker, Datuk Seri Ismail Mohamed Said supaya tidak membangkitkan Peraturan Mesyuarat.
Ismail menegur Lim berkali-kali supaya duduk namun tidak diendahkan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment