Write For Us

'Tindakan terdesak'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
99 Views
Published
Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming menyelar dakwaan yang mendakwa wujudnya gerakan yang serius untuk menjatuhkan Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai tidak benar, tidak berasas serta berniat jahat.
Justeru Nga yang juga Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan memberi jaminan 31 ADUN termasuk dirinya akan terus memberi sokongan penuh kepada Ahmad Faizal.
Nga turut mengingatkan kepada pemimpin Umno supaya berhenti menabur fitnah dan menyelar tindakan terdesak sedemikian yang cuba untuk menajtuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat.
Sebelum itu Armada Bersatu Perak menerusi satu kenyataan mendesak kepimpinan Pakatan Harapan (PH) Perak menyiasat dakwaan bahawa terdapat exco kerajaan negeri berkomplot dengan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang untuk menjatuhkan menteri besar Perak.
Armada Perak memberi respon mengenai laporan media yang melaporkan Umno Perak mendakwa wujudnya gerakan yang serius untuk menjatuhkan Ahmad Faizal oleh beberapa orang exco kerajaan negeri menerusi usul undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN).
Perkara itu didedahkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak Datuk Saarani Mohamad dan mendakwa rancangan itu hendak dilaksanakan oleh beberapa exco berkenaan dengan cuba memujuk sekurang-kurangnya lima Adun Barisan Nasional supaya menyokong usul undi tidak percaya yang akan dibuat di DUN.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment