Write For Us

'Apabila kita gagal ujian ketiga, tempahlah maut sendiri'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
91 Views
Published
Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan seluruh ahli Umno agar tidak menempah 'maut sendiri' jika gagal dalam pilihan raya umum akan datang.
Ahmad Zahid berkata, jika Umno gagal, parti itu akan tercatat dalam buku sejarah.
Ini kerana, kata Ahmad Zahid, Umno telah diuji dua kali melalui PRU12 dan PRU13, di samping pernah mengecapi kedudukan selesa ketika PRU11 lalu.
"Cukuplah Allah dua kali mengajar kita kerana rasa keselesaan kita yang amat sangat pada PRU11 lalu bila kita memperolehi lebih dua per tiga majoriti.
"Tuhan uji PRU12 dan PRU13. Yang akan datang ini PRU14. Tuhan uji dua kali. Apabila kita gagal dalam ujian yang ketiga, tempahlah maut sendiri. Umno BN akan tercatat dalam buku sejarah.
"Untuk elak dalam keadaan itu, kita harus melangkah satu padukan pasukan dan jentera, bekerja keras memperkasakan jentera dan penerangan di seluruh akar umbi," kataya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment