Arafah(30an) bersama anaknya yang berusia 2 tahun duduk dibangku disebuah station kereta api (ETS) Kuala Lumpur. Muncul dan kemudian duduk disisinya, seorang gadis remaja (Shiren) berusia 18 tahun sedang memadang kesatu arah dengan riak wajah seperti ada masalah. Melihat keadaan Shiren, Arafah terus terimbas kisah lamanya. Arafah dibesarkan oleh nenek(Nenek Zah) sewaktu berusia setahun hingga 13 tahun selepas kedua ibu dan bapanya bercerai. Sewaktu dibawah jagaan neneknya, hidup Arafah sangat berdikari dan akhlaknya masih terkawal. Disebabkan Neneknya yang terlalu mengawal kehidupan remajanya, Arafah mula tertarik untuk menerima pelawaan ibunya yang hidupnya di Kuala Lumpur lebih bersifat urban. Nenek Zah kecil hati setelah bersusah payah menjaga Arafah begitu mudah Arafah memilih untuk tinggal bersama-sama ibu kandungnya(Kamariah) di Kuala Lumpur walaupun pada awalnya ayahnya juga mahu berbuat sedemikian.
- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment