Write For Us

'Awak tak faham, tak jawab soalan!' - MP DAP dakwa Wee tak faham dasar kabotaj

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
78 Views
Published
Dewan Rakyat sekali lagi menjadi tegang apabila berlaku pertikaman lidah di antara dua ahli parlimen DAP dan Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong mengenai dasar pengecualian kabotaj.

Wee hari ini menjelaskan beliau menarik balik dasar pengecualian kabotaj untuk kapal asing yang terlibat dalam pembaikan kabel bawah laut, antara lain untuk mengurangkan pergantungan pada kapal asing dan menggalakkan penyertaan kapal tempatan dalam kerja-kerja pembaikan tersebut.

Anthony Loke (PH-Seremban) menegaskan tiada kapal daripada syarikat tempatan yang mampu membaiki kerosakan kabel bawah laut yang menghubungkan Malaysia ke rangkaian internet global.

Gobind Singh Deo (PH-Puchong) kemudian turut mendakwa ahli parlimen MCA itu tidak memahami masalah sebenar isu tersebut.

Semalam syarikat gergasi teknologi Microsoft, Google dan Facebook meminta Perdana Menteri Muhyiddin Yassin campur tangan berhubung keputusan Wee dan berkata keputusan itu akan memberi kesan buruk kepada ekonomi Malaysia.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
kinitv
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment