Write For Us

'Hantu tak faham bahasa, faham tak hantu?'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
136 Views
Published
Sidang Dewan Rakyat 'kecoh' lagi apabila beberapa anggota Parlimen pembangkang mendakwa Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar menggelarkan anggota Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang sebagai 'hantu'.
Kit Siang, yang digantung 6 bulan oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia semalam, enggan duduk setelah kehadirannya di sidang mesyuarat tidak dipedulikan.
Pandikar memberikan laluan untuk Noh mengemukakan Rang Undang-Undang Perkhidmatan Bomba Pindaan 2018, bagaimanapun ucapannya terganggu sehingga terjadi 'perang mulut' dengan beberapa anggota parlimen pembangkang.
- Digantung 6 bulan, Pandikar 'tak nampak' Kit Siang
Pandikar menjelaskan beliau hanya menutup sebelah mata mengenai kehadiran Kit Siang hari ini walaupun telah digantung 6 bulan semalam.
Menurut Pandikar, beliau bertindak begitu setelah membaca buku yang ditulis Selwyn Lloyd berjudul 'Mr. Speaker, Sir'.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment