Write For Us

Azalina terperanjat BERSATU tak ikut prosedur ROS

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
142 Views
Published
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said mengakui terkejut dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang gagal membekalkan dokumen seperti diminta Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Azalina juga aneh bagaimana perkara itu boleh berlaku sedangkan BERSATU terdiri daripada pemimpin berpengalaman dalam bidang politik termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Selain itu Azalina juga pelik mengapa tidak ada peguam BERSATU yang menasihatkan parti itu berhubung proses yang perlu dilalui.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan ROS yang membubarkan sementara BERSATU selepas parti itu dikatakan gagal membekalkan pertubuhan itu dengan dokumen dan maklumat yang diperlukan.
- Pembubaran BERSATU kekal jika gagal patuhi ROS dalam 30 hari
ROS berkata pembatalan pendaftaran BERSATU akan kekal dalam masa 30 hari jika parti itu gagal mematuhi syarat ditetapkan atau tidak membuat rayuan.
Mengulas lanjut, Azalina berkata BERSATU seharusnya mengikut undang-undang yang telah ditetapkan tanpa menyalahkan mana-mana pihak.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment