Nga Kor Ming (Taiping-DAP) menuduh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menghina Dewan Rakyat kerana menggantung beliau dan dua anggota parlimen lain tanpa melalui Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Beliau memetik Peraturan Mesyuarat 80 yang menyatakan jawatankuasa itu boleh ditubuhkan untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap anggota parlimen yang melakukan perkara atau perbuatan yang dilihat menghina Dewan Rakyat.
"Jika anggota parlimen ingin digantung, mereka mesti dirujuk Jawatankuasa Hak dan kebebasan.
"Jelas Pandikar menyalahgunakan kuasa dengan menggantung tiga anggota parlimen tanpa berbuat demikian. Ia salah di sisi undang-undang dan beliau patut letak jawatan kerana menghina Dewan Rakyat," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.
Turut hadir adalah dua lagi anggota parlimen yang digantung iaitu Ngeh Khoo Ham (Beruas-DAP) dan V Sivakumar (Batu Gajah-DAP).
Ketiga-tiganya digantung selama sepuluh hari selepas enggan memohon maaf ekoran kenyataan mereka menuduh Pandikar sebagai "sekutu menutup skandal rasuah" dan mendesaknya meletakkan jawatan.
Ia ekoran keputusan Pandikar menolak usul mereka berhubung rampasan kapal persiaran milik ahli perniagaan Jho Low dan soalan berkaitan 1MDB.
Ia susulan keputusan Pandikar yang menolak usul segera mereka berhubung isu rampasan kapal persiaran milik ahli perniagaan Jho Low dan soalan berkaitan 1MDB.
Sebelum ini penggantungan anggota parlimen pernah dibuat melalui usul di Dewan Rakyat dan diundi anggota parlimen lain.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment