Write For Us

Azhar Idrus: Wanita islam tak boleh bergambar di kedai bukan islam

Video Player is loading.
Current Time 0:00
Duration 0:00
Loaded: 0%
Stream Type LIVE
Remaining Time 0:00
 
1x
E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
230 Views
Published
Penceramah agama popular, Azhar Idrus melarang wanita Islam mengambil gambar di kedai foto milik orang bukan Islam.
Azhar berkata kaum lelaki seboleh-bolehnya perlu menghalang gambar anak dan isteri mereka berada di tangan orang bukan Islam untuk menjaga batasan syarak.
Memetik laporan portal berita FMT yang memtik dalam artikel soal-jawab agama diterbitkan portal rasmi PAS, Harakahdaily, semalam, Azhar berkata demikian apabila ditanya hukum menyimpan gambar perempuan yang bukan mahram dalam apa juga bentuk.
Katanya, zaman sekarang lelaki dan wanita bukan mahram berkongsi gambar melalui media sosial semata-mata untuk berseronok.
Perbuatan itu juga, katanya, akan menjurus kepada zina kerana bermula daripada menatap gambar, kemudian melahirkan perasan rindu dan seterusnya mengadakan pertemuan.
Azhar berkata pengecualian diberikan kepada majikan untuk menyimpan gambar pekerja wanita Islam.
Azhar juga menganggap haram untuk seseorang gadis Islam berkenalan dengan lelaki Islam, sebaliknya berkata mereka hanya boleh berkawan dengan wanita.
Category
TV Saluran - TV Channel
Show more
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment