Write For Us

Wanita Islam tidak boleh paksa pakai tudung - Latheefa Koya

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
177 Views
Published
Aktivis Latheefa Koya Abdullah mengingatkan orang ramai supaya tidak memaksa wanita bertudung.
Menurut peguam itu, ini kerana tiada paksaan dalam Islam berkaitan tuntutan berkenaan.
“Saya langsung tidak setuju orang dipaksa pakai tudung. Itu bukan cara Islam. Tiada paksaan dalam Islam. Mana pergi prinsip ini.
“Hanya semata-mata seorang tak pakai tudung - adakah dia akan masuk neraka? Adakah dia jadi murtad? adakah dia jadi seorang perempuan yang jalang?
“Come on lah, itu adalah satu pemikiran ekstremis,” kata peguam hak asasi manusia itu di Facebooknya, hari ini.
Latheefa berpendapat seseorang yang mengikut atau menghadiri forum seperti itu tidak akan terus luntur imannya.
“Biar seseorang wanita itu bebas memikir dan memilih sama dia mahu berhijab atau tidak.
“Janganlah mencerminkan orang Islam itu terlalu rapuh dan obses kepada bentuk badan, dan rambut, dan seks,” katanya.
Latheefa yang juga adalah pengarah eksekutif kumpulan peguam Lawyers for Liberty (LFL) juga tidak bersetuju jika pengajaran Islam hanya berasaskan pemakaian seseorang.
“Bukan sekadar tudung sahaja. Biarlah orang nak bincang kenapa dia buka tudung atau pakai tudung,” katanya.
Peguam yang lantang bersuara berkaitan hak asasi itu juga berkongsi cerita bagaimana beliau memilih untuk memakai tudung ketika di tingkatan enam.
Menurutnya, beliau memilih jalan itu bukan kerana ingin tunjuk ‘alim’ sebaliknya sebagai satu tanda protes kepada penganiayaan terhadap mereka yang menutup aurat di timur tengah.
“Sebab ketika itu saya terbaca orang yang pakai tudung di negara lain seperti di Turki, Mesir dianiaya dan tidak dibenarkan, saya rasa marah,” katanya.
Beliau turut mengakui pada mulanya agak sukar istiqamah dalam memakai tudung namun kini ia sudah menjadi sebahagian daripada tindakan semulajadi.
“Tetapi akhirnya setelah beberapa tahun lalu, saya rasa selesa pakai tudung, telah jadi second nature, tak pikir pun apa ada atas kepala saya tu. Selalu kena tegur oleh kawan-kawan sebab tudung saya senget,” katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment