Write For Us

"Saya tak boleh dedahkan" - Latheefa Koya

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
91 Views
Published
Ketua pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya itu enggan menjelaskan butiran tentang bagaimana beliau tahu akan kewujudan dakwaan plot tersebut.
"Ia bukan tentang gambar, ia maklumat berkenaan plot untuk mencemarkan reputasi saya. Isunya bukan tentang gambar per se. Ia satu plot yang serius.
"Maklumat itu kita telah serahkan kepada polis," katanya.
Menegaskan plot tersebut untuk menakutkannya, Latheefa berikrar akan terus menjalankan tugas di SPRM.
Dalam pada itu, beliau berkata belum menerima notis rasmi berkenaan hasrat Najib untuk memulakan prosedur menghina mahkamah terhadapnya dan SPRM susulan pendedahan rakaman audio itu.
"Saya akan tunggu (notis)," katanya ketika ditanya tentang perkara itu.
Dikatakan berlaku antara Januari dan Julai 2016, Najib dalam salah satu rakaman didengar meminta bantuan seorang putera Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk melindungi anak tirinya Riza Aziz daripada siasatan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) terhadap 1MDB.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment