Write For Us

Tugas saya jelas iaitu banteras rasuah, jawab Latheefa

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
60 Views
Published
Peguam Latheefa Koya hari ini memulakan tugas sebagai ketua pesuruhjaya SPRM yang baru.
“Sudah banyak pendapat yang dikeluarkan semenjak pelantikan saya diumumkan sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri. Sesiapapun berhak menyoal, mengkritik atau mengeluarkan pendapat masing-masing, ini tidak mengapa.
“Tugas saya jelas. Iaitu untuk membanteras rasuah di mana-mana sahaja. Dengan sokongan dan dokongan rakyat dan pegawai-pegawai saya di SPRM, kami akan dapat mengubah Malaysia kepada satu masyarakat yang alah kepada rasuah dan bebas dari rasuah,” katanya dalam satu kenyataan.
Selain itu, katanya, beliau akan melihat kepada tindakan jangka panjang, termasuk juga pendidikan, bagi mewujudkan satu budaya yang tidak bertoleransi kepada rasuah.
“Adalah hak asas setiap rakyat Malaysia untuk dibenarkan hidup, bekerja dan makmur dalam satu persekitaran yang bebas rasuah.
“Dengan pertolongan Allah SWT, saya berharap untuk berjaya dalam tugas saya ini,” katanya.
Latheefa dilantik sebagai KP SPRM yang baharu berkuat kuasa 1 Jun lepas, menggantikan Mohd Shukri Abdull yang memilih untuk memendekkan kontrak perkhidmatan beliau.
Beliau kemudian melepaskan keanggotaannya dalam PKR selepas mendapat makluman mengenai pelantikannya itu. Namun ini tidak menghalang pelbagai pihak untuk terus membidas pelantikan satu pihak berkenaan.
Ramai yang mempersoalkan sama ada beliau mampu bertindak dengan tidak memihak ataupun berkecuali.
Tidak kurang juga mempertikaikan pelantikannya yang melangkaui Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai lantikan awam yang dibentuk oleh kerajaan baru Pakatan Harapan yang bertujuan mengurangkan campur tangan perdana menteri dalam lantikan jawatan utama, termasuk dalam SPRM. Jawatankuasa itu adalah sebahagian daripada manifesto pilihan raya mereka.
Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, pada Selasa lalu Mahathir mengakui bahawa beliau melantik Latheefa tanpa membincangkan perkara itu dengan kabinet kerana tidak mahu keputusan itu mengikat dirinya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment