Write For Us

Azmin jawab mengapa premium tanah tinggi di Selangor

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
129 Views
Published
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjelaskan terdapat beberapa faktor mempengaruhi premium tanah yang tinggi di Selangor.
Menurut Azmin, permintaan tinggi dalam pasaran hartanah Selangor selain pembangunan pesat sesebuah kawasan akibat pertambahan infrastruktur mempengaruhi harga premium yang tinggi.
“Selain itu, pertumbuhan ekonomi pesat dan pertambahan jumlah pelaburan domestik serta antarabangsa.
“Kestabilan sosiopolitik di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri sedia ada dan aktiviti spekulasi meluas oleh pelabur hartanah turut menjadi penyumbang,” katanya pada sidang DUN Selangor hari ini.
Azmin berkata demikian ketika menjawab soalan lisan dimukakan ADUN DAP-Sekinchan, Ng Suee Lim.
Kata Azmin, kerajaan negeri turut memberikan insentif antaranya melanjutkan tempoh pembayaran premium kediaman kepada 12 bulan dan enam bulan komersil.
Selain itu, skim insentif khas premium turut diberikan bagi tujuan melanjutkan tempoh pajakan untuk aktiviti perniagaan di bangunan lama di dalam kawasan luar bandar.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment