Write For Us

Mengapa mereka halang saya? soal Azmin

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
115 Views
Published
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa Umno Johor menghalangnya masuk ke kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Desa Mutiara bagi menemui penduduk di situ.
Jelas Mohamed Azmin, beliau mempersoalkan halangan terbabit kerana tujuannya ke situ hanya mahu meninjau kehidupan rakyat di PPR terbabit.
"Saya bertemu dengan masyarakat Johor, saya berbincang dengan Bangsa Johor, saya dengar rintihan orang Johor dan daripada air muka rakyat Johor, saya lihat mereka sudah bersedia untuk membawa perubahan besar dalam pilihan raya akan datang ini.
"Sebab itu bila saya datang Johor, banyak halangan. Semalam, program saya di PPR Desa Mutiara saya tak boleh masuk. Umno tak bagi saya masuk, tak bagi jumpa dengan rakyat. Saya pun tak tahu mengapa sebab saya ini bukan perompak, perasuah, bukan kawan Altantuya. Mengapa mereka halang saya?
"Sedangkan saya pergi nak tengok bagaimana masyarakat PPR yang susah, rumah-rumah mereka sudah rosak, gaji mereka terlalu rendah, harga barang mahal, mengapa halang saya?" soal Azmin.
Beliau berkata demikian dalam program Jelajah Keadilan 'Peduli Rakyat' di Johor baru-baru ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment