Write For Us

'Azmin mana ada fikir masalah rakyat, hanya fikir urusan politik Tun M'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
132 Views
Published
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar menempelak Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kerana gagal menangani masalah air di negeri itu.
Pengerusi Perhubungan Umno Selangir itu berkata kegagalan tersebut berlaku kerana Azmin begitu sibuk dengan urusan politik bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Mana ada menteri besar ada masa nak fikir masalah rakyat, dia fikir masalah parti dia yang dah carca marba, kedudukan dia sebagai MB yang dah mula goyang, tekanan parti-parti carca marba dia.
"Lepas itu pula heboh dengan urusan politik Tun M walaupun parti dia tak bersetuju.
"Itulah kerja dia, mana ada masa nak fikir," kata Noh kepada pemberita di Semenyih hari ini.
Terdahulu Noh bersama ADUN Semenyih, Datuk Johan Aziz menyerahkan bantuan air mineral kepada penduduk di sekitar DUN itu yang mengalami gangguan bekalan air sejak empat hari lalu..
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment