Write For Us

Azmin 'tak layan' dakwaan PAS Selangor

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
116 Views
Published
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali enggan mengulas aduan daripada ADUN PAS Selangor bahawa mereka tidak menerima pembiayaan negeri selama dua bulan.
Ditanya mengenai keluhan mereka pada sidang akhbar PAS semalam, Azmin berkata "semua pihak boleh sidang media."
- 'Azmin, tolong jelaskan'
Sembilan ADUN PAS Selangor mendakwa terpaksa mengeluarkan wang sendiri berjumlah RM700,000 untuk program bagi dua bulan terakhir selepas peruntukan mereka didakwa dibekukan kerajaan negeri.
Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi mendakwa langkah Mohamed Azmin yang menafikan peruntukan mereka bertentangan dengan janjinya sendiri untuk mengutamakan kebajikan rakyat.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment