Write For Us

Azmin nafi dakwaan Umno

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
108 Views
Published
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan dakwaan calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Kandis Datuk Lokman Noor Adam bahawa beliau kecewa dengan pencalonan Zawawi Mughni, yang dikatakan dipilih Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, sebagai calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis.
Beliau berkata, dakwaan itu hanyalah taktik Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk memecah belahkan perpaduan PH.
Semalam, Lokman mendakwa penyokong Azmin tidak berpuas hati dengan Wan Azizah yang memilih Mohd Zawawi Ahmad Mughni sebagai calon parti itu.
Lokman yang pernah menganggotai PKR namun dipecat pada 2004 berkata beliau menerima 'petanda' tentang sabotaj tersebut daripada rakan-rakan lamanya dalam parti itu.
Lokman turut mendakwa mereka yang menjadi penyokong Azmin akan membantu kemenangan pembangkang dalam pilihan raya kecil di kawasan itu.
Terdahulu dilaporkan bahawa PKR Selangor mahu meletakkan Mohd Razlan Jalaluddin sebelum Wan Azizah menamakan Zawawi sebagai calon di Sungai Kandis.
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari sebelum ini berkata beliau tidak mencadangkan sebarang nama dan keputusan dibuat Wan Azizah adalah muktamad.
Sementara itu, Zawawi menafikan dirinya telah melobi untuk menjadi calon dan menyatakan mereka yang tidak terpilih juga menyatakan sokongan terhadapnya.
Kerusi DUN Sungai Kandis kosong selepas kematian penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei awal bulan ini akibat kanser.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment