Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd, menjelaskan dakwaan oleh Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin, adalah tidak benar.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Aireen Omar berkata syarikat penerbangan tersebut sentiasa berusaha menawarkan tambang rendah dan ini termasuk bagi perkhidmatan penerbangan laluan Kuala Lumpur-Sandakan.
Menerusi satu kenyataan hari ini, Aireen menambah, dakwaan penerbangan sehala berharga RM2,000 adalah sama sekali tidak benar kerana tambang purata adalah RM213, malahan semasa musim kemuncak, apabila AirAsia beroperasi dengan faktor muatan 100 peratus, tambang paling tinggi kami adalah kira-kira RM1,180, yang mana masih merupakan yang paling rendah dalam pasaran.
Aireen turut menjelaskan tidak ada sebarang ‘caj tersembunyi’ seperti yang didakwa oleh ahli Parlimen itu kerana penumpang AirAsia mempunyai pilihan untuk memilih bagaimana mereka mahukan penerbangan dan apa produk yang mereka mahu bayar. Semua bayaran dan caj dinyatakan dengan jelas di laman web dan aplikasi mudah alih.
Malah kata Aireen, AirAsia mengamalkan dasar terbuka dan mengalu-alukan mana-mana ahli Parlimen yang mahu bekerjasama membangunkan lagi dan mengembangkan industri pelancongan.
Air Asia juga mempelawa mereka bertemu dengan untuk mengadakan dialog membina dan memberikan peluang kepada Air Asia untuk menjelaskan model perniagaan kos rendah dan sumbangannya kepada industri.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment