Write For Us

Azwanddin ugut serang balai polis jika 'penyebab' rusuhan tak ditangkap

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
97 Views
Published
Presiden Jaringan Melayu Malaysia Azwanddin Hamzah mengugut untuk menyerang Balai Polis Klang sekiranya pihak yang menyebabkan rusuhan berhampiran Kuil Seafield Sri Maha Mariamman tidak ditangkap.
"Amaran saya kepada mereka, segara tangkap pemaju, tangkap peguam (yag mewakili pemaju), jika tidak, kita akan serang Balai Polis Klang," katanya pada himpunan di Dataran Seni Klang, semalam.
Himpunan anjuran Gerakan Rakyat Malaysia (Geras) yang dihadiri kira-kira 2,000 peserta itu diadakan bagi menuntut keadilan anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dan mendesak pemecatan Waythamoorthy.
Pada 26 Nov lalu, sekumpulan samseng yang didakwa diupah pemaju pemilik tanah tapak Kuil Sri Maha Mariamman cuba mengambil alih kawasan kuil berkenaan yang seterusnya mencetuskan rusuhan.
Pemaju bagaimanapun menafikan dakwaan mengupah samseng berkenaan.
Muhammad Adib merupakan salah seorang anggota bomba yang dihantar di lokasi rusuhan, namun cedera parah selepas dipukul perusuh.
Polis mendakwa Muhammad Adib diheret dari kenderaan yang dinaikinya sebelum dipukul. Selepas hampir tinga minggu bertarung nyawa, Muhammad Adib meninggal dunia 17 Disember lalu.
Sementara itu, Azwanddin dalam ucapannya berkata, insiden berkenaan disebabkan oleh pihak yang mengupah samseng berkenaan.
"Saksi utama kes kematian itu berpunca dari mana? Berpunca dari orang bayar (samseng) iaitu syarikat pemaju. Betul atau tidak? Dan orang yang mengatur bayaran dari pemaju adalah peguam yang dilantik pemaju.
"Ini saksi utama. Kenapa sehingga hari ini mereka tidak ditahan?" kata Azwanddin.
Untuk rekod, polis sebelum ini sudah menahan peguam berkenaan.
Azwanddin juga mendedahkan bahawa polis mahu menahannya kerana menghadiri perhimpunan mendesak peletakan jawatan menteri perpaduan P Waythamoorthy di Putrajaya.
"Dua hari lepas datang notis, sebab waran dikeluarkan untuk tangkap saya kerana berhimpun di Putrajaya.
"Amboi cantik kamu, saya tak bunuh orang pun. Saya tak culik orang pun. Saya tak tangkap orang pun. Yang saya buat, saya bangkit kerana Melayu dan Islam," katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment