Write For Us

Nama dikait insiden rusuhan kuil, Teresa mahu saman Azwanddin

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
98 Views
Published
Menteri Industri Utama Teresa Kok berkata beliau akan mengambil menyaman Presiden Jaringan Melayu Malaysia Azwanddin Hamzah kerana mengaitkanya dengan rusuhan berhampiran Kuil Seafield Sri Maha Mariamman, Subang Jaya.
Memetik Malaysiakini, Teresa Kok menafikan beliau mempunyai kaitan dengan insiden rusuhan kuil itu mahupun dengan pemaju berkenaan.
Azwanddin, dalam himpunan di Klang hari ini mendakwa Teresa Kok mempunyai kaitan dengan pemaju yang merupakan pemilik tanah tapak kuil berkenaan.
Untuk rekod, media sudah melaporkan penafian Teresa Kok berhubung tuduhan itu bulan lalu.
Dalam kenyataan di Facebook sebelum ini, Teresa Kok meminta dirinya tidak dikaitkan dengan insiden rusuhan berkenaan.
Himpunan anjuran Gerakan Rakyat Malaysia (Geras) yang dihadiri kira-kira 2,000 peserta yang diadakan di Klang, Selangor bagi menuntut keadilan anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dan mendesak pemecatan menteri perpaduan P Waythamoorthy.
Rusuhan berkenaan menyebabkan anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim cedera parah dan seterusnya meninggal dunia pada 17 Dis lalu.
Pemaju, One City Development didakwa mengupah samseng bagi mengambil alih kawasan kuil berkenaan yang seterusnya menyebabkan rusuhan pada 25 dan 26 Nov lalu.
Pemaju bagaimanapun menafikan dakwaan yang mengatakan pihaknya mengupah samseng.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment