Write For Us

Teresa Kok tuntut ganti rugi RM30 juta dari Azwanddin

Loading...
christmas sale Entertainment MindGames
47 Views
Published
Menteri Industri Utama Teresa Kok menuntut Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah untuk menarik semula kenyataannya, memohon maaf dan ganti rugi RM30 juta.
Ia berikutan kenyataan Azwanddin semalam yang mengaitkan Kok dengan rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, Subang Jaya, pada bulan lalu.
Satu surat yang dihantar oleh tetuan SN Nair & Partnes itu memberi Azwanddin tempoh selama tujuh hari untuk melunaskan tuntutan Kok sebelum tuntutan mahkamah diambil.
Surat tuntutan guaman itu menyatakan kenyataan Azwanddin itu adalah, "palsu, berniat jahat dan tidak wajar”.
Semalam, pada himpunan di Klang, kumpulan aktivis Melayu yang hadir mendakwa Kok mempunyai hubungan dengan pemaju yang memiliki tanah kuil tersebut.
Pemaju tersebut dituduh mengupah samseng untuk menjaga tanah itu yang menyebabkan tercetusnya rusuhan selama dua malam. Bagaimanapun, pihak pemaju menafikan dakwaan tersebut.
Azwanddin mendakwa yang Kok tidak pernah menafikan hubungannya dengan pemaju itu.
Namun, untuk rekod, ia telah dinafikan oleh Kok pada bulan lalu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment