Write For Us

Mahkamah tolak rayuan kerajaan tuntut ganti rugi dari BERSIH

Loading...
christmas sale Entertainment MindGames
77 Views
Published
Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan kerajaan untuk mendapatkan ganti rugi daripada BERSIH kerana menganjurkan perhimpunan BERSIH 3 pada 2012.
Dengan ini, keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan bahawa kerajaan dan polis tiada hak untuk memulakan tuntutan ganti rugi bawah Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012, adalah kekal.
Tiga panel diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum menolak permohonan kerajaan, selari dengan keputusan dua Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi sebelum ini.
Dua lagi hakim ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Hassan Lah dan Tan Sri Abu Samah Nordin.
Panel-panel itu bagaimanapun tidak menganugerahkan sebarang kos.
Di Mahkamah Rayuan sebelum ini, hakim Datuk Rohana Yusuf yang mengetuai panel hakim berkata APA2012 tidak boleh digunakan untuk memulakan tuntutan kerajaan.
Polis dan kerajaan memfailkan tuntutan sebanyak RM122,000 susulan perhimpunan pada 28 April 2012 atas dakwaan kerosakan kenderaan polis dalam acara itu.
Pada mulanya mereka menamakan pengerusi bersama BERSIH ketika itu Datuk S Ambiga dan BERSIH sebagai defendan tetapi jawatankuasa pemandu lain memohon terlibat dalam saman itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment