Write For Us

Bagan Datuk bakal miliki 'Teedo Resort', pacu ekonomi setempat

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
123 Views
Published
Bagan Datuk bakal memiliki sebuah mercu tanda baharu apabila sebuah resort akan dibina dan siap menjelang 2020, sekaligus memacu ekonomi dan mengangkat destinasi pelancongan daerah tersebut.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Bagan Datuk akan dijadikan sebagai sebuah daerah termaju di Perak bagi membalas perkenan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang telah mengisytiharkan Bagan Datuk sebagai daerah ke-12 pada Januari 2017.
Menurutnya pembinaan Teedo Resort berhampiran Pekan Bagan Datuk itu dengan kos kira-kira RM75 juta, tidak menggunakan wang kerajaan sebaliknya dibiayai syarikat swasta iaitu Yayasan Al-Falah dan akan dikendalikan oleh Nour Hotel & Resorts.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis pecah tanah pembinaan Teedo Resort yang turut dihadiri isterinya Datin Seri Hamidah Khamis dan anaknya Datuk Nurulhidayah yang merupakan Pengarah Urusan Nour Hotel & Resorts.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment