PKR mempertaruhkan cikgu pencen bertanding bagi kerusi Parlimen Bagan Datuk yang disandang Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Pakhrurrazi Arshad, 65, calon muka baharu Pakatan Harapan akan bertemu Ahmad Zahid - penyandang kerusi itu selama enam penggal sejak 1995.
Pengumuman senarai calon itu dibuat Pengerusi PKR Perak, Dr Muhammad Nur Manuty pada majlis memperkenalkan calon PKR Perak semalam.
Selain Ahmad Zahid dan Pakhrurrazi, kerusi Parlimen Bagan Datuk dijangka akan menyaksikan pertandingan empat penjuru apabila Datuk Ibrahim Mat Zin, 68, atau dikenali sebagai Raja Bomoh mengumumkan hasratnya untuk bertanding manakala PAS akan meletakkan Ata Abdul Muneim Hasan Adli.
Pada PRU13, Ahmad Zahid menewaskan calon PKR Madhi Hasan dengan majoriti 2,108 undi.
Pada PRU14, PKR akan bertanding bagi lima kerusi Parlimen iaitu Gopeng, Tanjung Malim, Padang Rengas, Sungai Siput, dan Bagan Datuk.
Timbalan Pengerusi PKR Perak Dr Lee Boon Chye akan mempertahankan kerusi Parlimen Gopeng manakala Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja Chang Lih Kang akan bertanding kerusi Parlimen Tanjung Malim dan penyandang DUN Hutan Melintang, S.Kesavan beralih ke kerusi Parlimen Sungai Siput manakala Ejazi Yahaya merupakan calon bagi kerusi Parlimen Padang Rengas.
PKR Perak akan bertanding bagi 14 kerusi DUN iaitu Kenering, Batu Kurau, Kuala Kurau, Kuala Sepetang, Alor Pongsu, Chenderoh, Lintang, Hulu Kinta, Bukit Chandan, Tualang Sekah, Simpang Pulai, Teja, Sungai Manik dan Hutan Melintang.
PKR Perak mempertaruhkan 10 muka baharu, lapan calon muda dan tiga calon wanita pada PRU14 ini.
Penyandang kerusi Parlimen Kapar, G Manivanan telah beralih ke DUN Hutan Melintang manakala penyandang Parlimen Lumut, Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abdul Hamid beralih ke kerusi DUN Bukit Chandan.
PKR Perak turut mempertaruhkan calon wanita yang juga setiausaha politik penyandang kerusi Gopeng, Sandrea Ng bagi kerusi DUN Teja manakala Ahmad Yunus Jamhari akan mempertahankan kerusi DUN Kuala Kurau, Chua Yee Ling (Kuala Sepetang), Tan Kar Hing (Simpang Pulai).
Selain itu, PKR Perak meletakkan calon termudanya, seorang ahli perniagaan Muhammad Aiman Aizuddin, 29, bagi kerusi DUN Batu Kurau.
-- BERNAMA

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment