Write For Us

'Bagi seorang diktator, saya seorang pendengar yang baik'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
125 Views
Published
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan mendengar nasihat pakar-pakar dalam kerajaan seperti yang pernah dilakukan ketika menjadi perdana menteri.
Mahathir berkata demikian selepas sidang akhbar di Petaling Jaya malam tadi.
Pengkritik sering mengaitkan Mahathir sebagai seorang diktator ketika memimpin negara ini selama 22 tahun.
Mahathir juga mengucapkan terima kasih kepada Rafidah, bersama-sama bekas menteri Tun Daim Zainuddin dan Tan Rais Yatim, yang dalam beberapa minggu menjelang pilihan raya umum muncul menyatakan sokongan kepada HARAPAN.
"Saya percaya (ahli politik lain juga) berharap mereka ada keberanian. Keberanian adalah komoditi yang kurang di negara ini," katanya.
Ketiga-tiga bekas menteri itu merupakan pemimpin veteran Umno yang menghadapi tindakan disiplin kerana menyokong HARAPAN pada pilihan raya umum lalu.
Daim dan Rafidah dipecat daripada Umno, manakala Rais berdepan siasatan dalaman.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment