Write For Us

Seorang diarah bela diri, seorang lagi dibebaskan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
101 Views
Published
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan seorang lelaki berusia 19 tahun membela diri atas tuduhan membunuh 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, di Kampung Datuk Keramat, tiga tahun lalu.
Hakim Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh pertama.
Pada prosiding itu, mahkamah turut melepas dan membebaskan seorang lagi lelaki juga berusia 19 tahun, iaitu tertuduh kedua dalam kes itu daripada pertuduhan berkenaan.
Mahkamah memutuskan untuk peringkat pembelaan, tertuduh pertama yang hadir dengan berbaju hitam lengan panjang serta seluar jeans biru itu berpeluang membangkitkan keraguan munasabah terhadap kes prima facie pendakwaan.
Kedua-dua lelaki itu sebelum ini didakwa atas 23 pertuduhan membunuh 23 penghuni pusat tahfiz itu di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju, antara jam 4.15 pagi dan 6.15 pagi, 14 September 2017.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment