DAP Perak hari ini membuat bantahan terhadap 129 pengundi meragukan dalam daftar pemilih tambahan dan membayar deposit RM1,290 dalam bentuk wang syiling.
DAP negeri itu juga sebelum ini membawa mesin fotokopi sendiri dan penjana elektrik (generator) di kawasan pameran awam untuk membuat salinan daftar itu.
“Kami malah bawa generator sendiri kerana SPR enggan beri kami guna elektrik mereka.
“Anggota-anggota kami bekerja siang malam untuk menyalinnya tetapi kami masih belum dapat menghabiskan kerja-kerja fotokopi daftar pemilih itu,” katanya.
SPR sebelum ini berkata proses pameran awam sahaja sudah cukup untuk pihak berkepentingan menyemak daftar pemilih tambahan.
Suruhanjaya itu justeru berhenti menjual salinannya kepada parti politik dan pihak-pihak lain.
Keseluruhan kira-kira 20,000 keping wang syiling digunakan untuk membayar deposit yang setiap satunya bernilai RM10.
Dua anggotanya juga memakai pakaian hantu ketika proses itu. Turut dipamerkan kain rentang bertulis “tangkap pengundi hantu dengan segera”.
Selepas bantahan itu, DAP Perak mendakwa telah mengenal pasti beberapa ratus pengundi dipindahkan ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Hutan Melintang.
DAP juga mendakwa mengenalpasti 142 orang “pengundi hantu” – 99 daripada Kamunting, 25 dari Pokok Assam, dan 18 dari Keranji.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment