Write For Us

Pengundi semakin yakin dengan Warisan - Azmin

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
67 Views
Published
Pakatan Harapan (PH) perlu terus memberikan sokongan kepada Parti Warisan Sabah (Warisan) dalam tempoh kempen yang berbaki lebih kurang 24 jam lagi.
Enggan mengulas isu-isu lain, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi memaklumkan setakat ini beliau menerima maklum balas positif sepanjang kempen PRK Kimanis berlangsung.
Jelas Mohamed Azmin, beliau yakin perkara itu kerana hasil kerja keras dan dasar peduli rakyat yang diperkenalkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
“Walaupun dalam tempoh yang singkat, rakyat semakin yakin bahawa Warisan semakin mampu membawa perubahan dalam kerajaan negeri Sabah.
“Saya berharap ia dapat diterjemahkan dalam bentuk sokongan pada hari Sabtu ini,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di Kampung Pimping, sini, malam tadi.
Pilihan raya kecil itu diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya membatalkan keputusan pilihan raya umum lalu di kerusi parlimen berkenaan atas alasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mematuhi prosedur pilihan raya.
Calon Umno, Anifah Aman memenangi PRU berkenaan dengan majoriti tipis 156 undi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment