Calon parti Warisan, Karim Bujang tampil menjawab penularan rakaman video yang menunjukkaan beliau dimarahi seorang pengundi ketika berkempen di pusat daerah mengundi bandar Membakut, semalam.
Karim mendakwa, lelaki berkenaan bertindak memarahinya kerana tidak mendapat jawatan sebagai ketua kampung.
Bahkan beliau mendakwa video itu seolah-olah sengaja ditularkan bagi mencemar imejnya ketika kempen Pilihan Raya Kecil Kimanis sedang berlangsung.
"Saya agak terkejut dengan reaksi sebegitu, beliau memarahi saya dengan perkara yang saya tidak tahu.
"Rupanya dalam kumpulan kami itu ada dua orang individu yang menyuruhnya bekerja dan beliau tidak memberi apa gaji. Jadi, saya rasa tidak ada masalah yang besar.
"Saya pun susah juga nak memastikan apakah itu perkara yang sebenarnya, tapi bila saya tanya dengan orang yang tinggal berdekatan di situ rupanya beliau ini marah kerana tidak diberi jawatan sebagai ketua kampung," katanya ketika ditemui di Kimanis, semalam.
Terdahulu tular satu video di mana seorang lelaki menyekat dan meluahkan rasa tidak puas hati dengan calon Warisan itu.
Video yang tular di media sosial berdurasi 28 saat itu, memperlihatkan seorang lelaki tidak berbaju dengan nada suara tinggi tidak berpuas hati dengan "kerja" yang dilakukannya.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment