Write For Us

Barangkali Anwar diserang, ekonomi Malaysia pulih luar biasa - sindir Setiausaha Agung PKR

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
61 Views
Published
Penganjuran majlis makan malam bertemakan Wawasan Kemakmuran Bersama oleh beberapa kepemimpinan PKR di ibu negara malam kelmarin, dilihat menjadi pentas menyerang dan mengganyang Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata menganjurkan program atas dasar kemakmuran bersama tidak melanggar disiplin parti, namun isi ucapan dibimbangi berbaur fitnah.
“Saya baru tahu semalam perjumpaan Wawasan Kemakmuran Bersama, jadi kita bersangka baik kerana barangkali itu pendekatan menerangkan bagaimana jurang ekonomi penduduk bandar dan luar bandar.
“Juga adakah kekayaan negara diagih dengan adil, itu konsep falsafah kemakmuran bersama.
“Saya pun tidak tahu sama ada tajuk itu dikupas, tapi yang saya baca daripada laporan media adalah ucapan pemimpin parti dan penjelasan kemakmuran bersama itu ialah ekonomi Malaysia akan lebih makmur kalau Anwar terus diserang.
“Ekonomi Malaysia akan pulih luar biasa hanya dengan mengganyang Anwar, itu yang saya dapat dari semalam, itu mesejnya,” katanya secara sinis pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di sini, semalam.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment