Write For Us

Tindakan Azmin kurang manis - Setiausaha Agung PKR

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
67 Views
Published
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, adalah lebih molek ucapan pemimpin parti disampaikan pada sesi penggulungan kongres nasional semalam kerana ia adalah platform terbaik menyuarakan pandangan perwakilan.
“Tindakan yang kurang manis adalah tidak hadir ketika penggulungan tetapi membuka platform lain untuk menjawab.
“Sebab itu, dalam kongres hari akhir adalah hari menggulung. Di situlah yang paling manis mana-mana pemimpin diberi peluang untuk membuat penggulungan.
“Itulah rukun dan tertib dalam mana-mana organisasi yang baik,” katanya ditemui selepas perhimpunan bulanan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di Putrajaya semalam.
Beliau merujuk kepada majlis makan malam di sebuah hotel di Kuala Lumpur kelmarin yang dihadiri beberapa pemimpin PKR antaranya Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden Zuraida Kamaruddin.
Program itu berlangsung beberapa jam selepas Mohamed Azmin dan beberapa penyokongnya tidak hadir pada hari terakhir Kongres Nasional PKR di Melaka yang ditutup presiden parti Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment