Write For Us

'Bawalah ke jawatankuasa kalau mereka kata boleh'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
113 Views
Published
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainuddin sedia untuk dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen seperti diusul pembangkang.
Ini berikutan tindakan beliau hadir ke meja setiausaha Dewan Rakyat pada pengundian belah bahagi rang undang-undang perbekalan (Bajet 2018) peringkat jawatankuasa kementeriannya, Isnin lalu.
Menegaskan beliau tidak melakukan sebarang kesalahan Hamzah menyatakan beliau hanya mengikut proses yang ditetapkan sewaktu pengiraan undi.
“Bawalah ke jawatankuasa kalau mereka kata boleh. Pergilah sebab pada saya, saya tak buat apa-apa kesalahan," kata Hamzah dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan di ibu negara hari ini.
- Kecoh... Kerajaan hampir kalah dalam undi blok Bajet 2018
Isnin lalu, pengundian bajet peringkat KPDNKK menyaksikan BN memperoleh 52 undi dan pembangkang 51 undi, manakala anggota parlimen PAS berkecuali.
Pembangkang mengemukakan usul menyemak semula keputusan pengundian berkenaan yang mencatatkan kemenangan tipis pihak kerajaan pada Khamis.
Anggota Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo mengemukakan usul itu bawah Peraturan 43 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat apabila mempersoalkan mengapa Hamzah hadir ke meja setiausaha dewan ketika pengundian berlangsung.
"Yang kedua, kita sebagai anggota parlimen kita tidak mahu ada satu tabiat ketika undi itu dikira menteri dari satu pihak dan menteri yang ada kepentingan boleh hadir di meja setiausaha. Macam mana boleh jadi macam ini?"soal Gobind.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment