Write For Us

'Kalau mereka boleh terima Kit Siang kenapa tak boleh terima saya!'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
104 Views
Published
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan tindakan Kementerian Pendidikan yang tidak membenarkan beliau mengadakan program bersama mahasiswa di dalam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sedangkan veteran DAP Lim Kit Siang dibenarkan.
"Kalau mereka boleh terima Kit Siang kenapa tidak boleh terima saya. Kalau ikut pada jasa, jasa saya lebih banyak pada UKM.
"Siapa tubuh UKM? Allahyarham Tun Razak tubuh UKM. Siapa beri peruntukan kepada UKM, saya berikan peruntukan. Tetapi saya dinafikan layanan yang sepatutnya saya terima atas dasar keterbukaan.
"Bukan saya nak hasut pelajar tetapi saya nak terangkan dasar zaman saya. Dasar zaman saya berbanding dasar sekarang mana yang lebih baik supaya mahasiswa boleh membuat penilaian," kata Najib pada sidang media di Bangi.
Untuk rekod, Kit Siang pernah hadir ke UKM pada 11 Disember tahun lalu dalam satu diskusi bertajuk “Mahu Ke Mana Malaysia, Mengenang 50 Tahun Debat Kebudayaan DAP-Gerakan 1986 yang diadakan di Sudut Pidato UKM.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment