Write For Us

Baiah PAS: Kak Wan tak boleh terima!

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
106 Views
Published
Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membidas amalan politik PAS yang sanggup menjadikam isteri sebagai cagaran.
Keadaan itu katanya, berbeza sama sekali dengan pendekatan diambil Pakatan Harapan (HARAPAN) yang lebih memartabatkan kaum hawa.
"Bagaimana kita boleh buat begitu kepada isteri yang sama-sama membina sebuah keluarga, saya tak boleh bayangkan.
"Kalau begitlah cara mentadbir keluarga sendiri untuk dikaitkan dengan politik, ini satu cara kita tak boleh terima," katanya ketika menyampaikan ceramah di Bachok, Kelantan, malam tadi.
Terdahulu, isu tersebut disentuh Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan, Hazmi Hassan yang bertindak sebagai pengerusi majlis Jelajah HARAPAN peringkat negeri Kelantan.
Katanya, HARAPAN bukan sahaja mengaangkat wanita sebagai calon timbalan perdana menteri malah diberi keistimewaan melalui manifesto untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment